Wednesday, September 10, 2008

penang bike week

aku lerr, blogger
Penang Bike Week merupakan ride aku yang ke 3 untuk ke Penang sahaja. Tapi kali ni ride ada bike fest. Agak meriah gak. Event buat di Abedeen Resort. Resort baru tu. Kami perasmi, mungkin yang lebih tepat jadi bahan uji. Jentera kawa aku ada buat hal sikit, kunci. Ada ker patut tak hidup bila setat. Ignition tak berfungsi. Gelabah le jugak. Mujur, mujur....... boleg hidup enjin tu. Tu pun setelah di telepon lori penganjur. On the way nak datang angkat dah. Cepat-cepat ride balik Abedeen. Malamnya Abun dari BossBikers datang servis kunci. Ok lah juga. Selamat untuk ke Cameron. Kat Cameron kena lagi, aku lah rawat. Boleh tahan gak, nasib bro Hairi dan Sham ada tolong. Susah beb jadi pomen.


hairi
Ini biker gila ride. Mana sahaja bike fest, dia dulu angkat tangan. Dengar cerita tahun ini sahaja dah lebih 3 ride bike fest dia join. Ini hardcore bikers ni. Dia penah kata, hari-hari ride pun tak per. PBW baru ni dia yang banyak take action. Booking bilik, bayar yuran pendaftaran semua dia yang uruskan. Memang best lah kan, apa taknya, sewa bilik dipulangkan balik, cuma bayar RM25 sahaja untuk sarapan pagi. Urusan kat cameron pun dia buat. Miss Gauri dapat kan bilik kan appartment. Ok sangat lah. RM 150 sahaja. 10 orang boleh muat tu. Apa-apa hal pun TQ bro Hairi.


sham - jalan terbalik
Spider ni salah jalan apa. Bawak diri kot. Hello bro, PBW arah kanan, kiri tu Permatang Pauh. OOOOOO nak gi kempen. Kebetulan pulak, PBW dijadualkan dekat dengan tarikh Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Sempatlah kami merayau kawasan Parlimen Permatang Pauh, memang meriah tempat tu. Ini broder pun semangat ride dia tinggi. Bila kata nak ke Penang dia terus cadangkan balik singgah Cameron. Kata da "wa alang-alang nak ride biar lah puas beb". Sham lah pencetus untuk kami terus dari Penang singgah Cameron. Jentera dia ok je. Sikit buat hal. Tapi dia sendiri rawat. Masa kat Abedeen, sebelum Penang Ride, moto dia tak boleh setat. Ngelabah gak dia. Tak hidup enjen. Pergh, rasa macam nak kene tinggal je ni, mujur King try2 boleh hidup. Bro kontrol nafas bro. Apa-apa hal pun, bro Sham memang suka ride.



sunny - balik dari PBW terus sambar Voyager

Broder ni kaki lari. 535 dia selamba je belasah high way. 160 km/h disebatnya. Katanya lepas gian. Dapat gak hilang mengantuk. Pengalaman beliau menjadi rider sport bike diaplikasikan sepenuhnya untuk ride easy rider ni, tu sebab kami semua kena tinggal. Apa taknya, masa balik bro Sunny sampai Melaka dulu. Awal sehari dia dah sampai. Dia laju.







king
Ini King bukan sebarang king. Ini Kingada 2 ong. Dua kali ong ooooooooo. Bro King yang helmet putih. Ride V5. Tapi beg tangan dia ikut. Bawak VIVA merah. Kadang-kadang dia lagi laju dari kami. Mrs King lah jurugambar kami. Teror dia ambil gambar. Bukan terorist ye. Ini bro King ni dia sudah sambar jaket Duhan. Murah beb, RM120 je. Ada kawan kita beli kat Melaka ni RM380 hinggit. Sebab tu lah kena rajin pegi bike fest. Selain dapat tengok motot motot yang cantik, baru, barangan macam ni yang kita hanya boleh cari di bike fest sahaja. Tak begitu bro King. Apa-apa hal pun, bro King dan Mrs King memang sempoi.

5 comments:

noor_asman said...

gambar cantik cantik, teruja

Unknown said...

gambar memang ler cantik... tapi susah tau nak ambik gambar masa atas motor dah ler laju... apa2 pun camera En.Sham memang best...
-Mrs. King-

noor_asman said...

tq ler mrs king. part timer jurugambar jer tu. sambil membonceng bole shot, teror.

Anonymous said...

Kamera pinjam mmg cantik....next ride siap jurugambar TV3....ok tak..

Anonymous said...

Cit cat motor akan diteruskan dari masa kesemasa.