Thursday, September 18, 2008

Mat Nak Ride - Cit Cat Sunny

Bukit Katil 18 September 2008- Mat Nak Ride, kata semangat Bro Sunny dalam cit cat malam semalam. Antara yang hadir dalam cit cat Mat Nak Ride selain Sunny (BMW) adalah Sham (V535), Hairi (Kembara) dan Cikgu (MAN45). Cit Cat yang brmula jam 10.00 pm berakhir jam 1.15 am yang didahului oleh Cikgu bersurai meninggalkan cit cat.

Sham yang hadir menunggang Virago Spidernya berpendapat, semangat ride yang diterjemahkan oleh Bro Sunny amat menguja beliau untuk mengikuti ride yang akan datang. Katanya ini satu cabaran kepada beliau dan rakan bikers lain untuk menikmati keindahan ride dengan berbekalkan kata-kata keramat Mat Nak Ride.
Hairi juga berpandangan bahawa, "kata-kata ini benar-benar menyuntik semangat saya untuk mewar-warkan ride akan datang kepada rakan bikers lain." "Mat Nak Ride" dijangka akan dijadikan moto dalam ride akan datang tambah beliau. Cadangan beliau disokong dengan nada tawa oleh Sunny, Sham dan Cikgu.

No comments: