Thursday, September 11, 2008

beberapa cadangan logo kelab moto.... kenangan


cadangan 1:


pencadang: hairi


tema: hang jebat riding a monkey custom bike

Salam. Cadangan logo timbul bila bikers2 easy rider di Melaka macam tak terurus. Beberapa idea bernas timbul hasil brainstorming kat tepi laut Klebang. (Akan datang laut tu lagi jauh ketengah. Tempat bincang tu akan jadi jauh dari laut). Maka timbul beberapa idea antaranya kearah penubuhan kelab motosikal bekuasa tinggi di melaka dan didaftarkan dengan pendaftraan pertubuhan. Hah, cadangan baik. Projek berjalan lancar. Hairi membawa proposal logo kelab, lakaran je. Initiative aku, mengkomputerkan guna autocad. Berikut penerangan logo yang dicadangkan.
1. Motosikal easy rider monkey bar - kelab moto didominasi oleh easy rider. Moto standard atau bukan easy rider pun ok gak. Tapi kalau boleh biarlah kuasa dia yang sesuai.
2. MELAKA BIKERZ - Jenama yang akan diketengahkan dan sengaja diwarna kan dengan Kuning sebab melaka juga negeri berdaulat. Walaupun tak der sultan, dibawah Yang diPertuan Agung disandarkan harapan.
3. Kain berkibar bewarna merah - lambang kebebasan, dan warna merah menunjukkan keberanian bikers menyahut cabaran untuk menyertai bikes fest serta ride yang mencabar.
4. Air terbelah dua bewarna biru - bikers memberikan keadilan yang sama rata kepada minat dalam aktiviti bermotor serta tidak melupakan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Pada peringkat awalnya, logo yang dicadagkan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sebabnya, tiada cadangan lain. ramai yang setuju logo diguna pakai sebagai lambang kelab Melaka Bikerz. TQ bro hairi.

2 comments:

noor_asman said...

Bro Harry sedang memikirkan laluan untuk aktifkan Slim Boroy Motor Club...........bilangan ahli tak ramai, katanya, .....janji ride.

Unknown said...

hehehehehe... slim boroy motor club.... sesuai dgn nama & anggotanya... tapi kebanyakkannya boroy-boroy belaka... hehehehe... jgn marah yerk cikgu