Thursday, September 11, 2008

Kenangan Suka Duka Main Moto di Melaka- Catatan bermula 2003

Melaka, 12 Sept 2008. Sejarah pertubuhan kelab moto sikal berkuasa tinggi di negeri Melaka mejadi topik perbincangan blogger hari ini. Blogger yang merupakan pemilik kenderaan beroda dua ini merupakan anak jati Melaka. Telah menceburi dalam dua pom pom pom ini sejak taun 2003 lagi. Minat memiliki mesen beroda dua ini dipendamkan sejak dari tahun 1995 lagi apabila seorang dari kenalan blogger (Hj Raman) menyambar sebiji Honda Shadow 600 import. Masa tu harga lebih kurang RM 34 riban sahaja. Selang beberapa seketika seorang demi seorang rakan blogger menyesuaikan diri dengan Shadow ini walaupun yang disambarnya local assemble. Harga pun local lah. 3 biji Shadow didepan mata dikala itu. Pergh, memang teruja. Hj Raman merupakan orang yang aktif dalam sukan bermotor ini dimana beliau merupakan salah seorang marshall untuk sukan berbasikal LeTour D Langkawi sejak dari mula lagi. Masa tu dia pakai Shadow sahaja, sekarang BWW tuuu.

Kita tinggalkan kisah 3 Shadow yang bermula di Sekolah Menengah Teknik Setapak itu. Blogger memang mengidamkan mesen yang serupa. Pada tahun 2001, blogger pernah meninjau sebiji Shadow di sebuah kedai ...... Malangnya sipekedai tu macam tak percaya Blogger ada wang nak beli itu Shadow. Dia buat tak layan sahaja. Blogger mengambil tindakan dengan membeli sebuah sekuter merah berjenama Comet. Hampeh, sebulan pakai, blogger jualkan dengan menukarkan nya dengan mesen yang diidamkan, Honda Shadow 600Vt. MAP 3732 2nd owner dengan harga RM14,200. Bermula lah episod blogger bermain motot besar.

Ulu Duyung Solo Biker

Ulu Duyung, April 2003 Julai 2003. Menjadi solo biker memang rumit. Blogger memikirkan kalau macam ni, sakit aku. Moto nak kene servis, tayar nak tukar. Lantaran terfikir nak join mana-mana kelab moto. Kebetulan masa tu ada pulak seorang otai kampung blogger membeli sebuah Vulcan 500. Masa tu dunia Ulu Duyung kami punya. Blogger menggunkan Shadow untuk ke tempat kerja di Bukit Piatu, begitu juga Otai Biker berulang dari Ulu Duyung ke Seremban (Pegawai JPJ tu). Sepanjang april hingga julai, blogger memilih kedai moto Ban Nih, Kedai Ulau dan Lim Jalan Ong Kim Wee tempat merawat dan mengandam kenderaan kesayangan blogger.

Senawang Bikers

Ogos 2003. Blogger mula berjinak-jinak dengan Senawang Bikers. Otai biker (JPJ Seremban-Yusuf) memperkenalkan blogger dengan Senawang Bikers. First time blogger ride jauh. Seram sejuk beb. Dari Melaka ke Senawang rasa macam nak ke utara tanah air. Semangat riding ada, blogger tiba juga Senawang malaupun jatuh nombor dua dari dua orang. First projek blogger adalah menyertai Senawang Bikers (masa tu yang aktif Abang Taher) adalah ke PD bike Fest 2003. Blogger memang terperanjat bila menyaksikan sendiri jentera-jentera beroda dua bergerak sama. Bunyi ejosnya sangat teruja. (Walaupun masa tu ejos MAP3732 macam bunyi EX5). Tumpang stim bunyi moto orang je. Percaya atau tidak, blogger dengan Bro Yusuf JPJ bergerak sewal jam 7.00 pagi untuk ke Senawang. Tiba projet senawang, deretan jentera easy rider telah bersiap sedia untuk menyahut cabaran PD Bike Fest 2003. Tiba di Eagle Ranch Resort kami disambut dengan beribu-ribu jentera beroda dua. Disinilah blogger mula berkenalan dengan bikers dari negeri Melaka. Masa tu yang ada dan aktif rupanya Masjid Tanah Bikers.

Masjid Tanah Bikers.

Salam perkenalan dengan Masjid Tanah Bikers yang dipengerusikan oleh Mr Mutalib (Vulcan 800 Custom - MAF61). Blogger terus berjabat tangan dengan ahli kelab Masjid Tanah Bikers yang seramai lebig kurang 25 orang antara yang blogger masih ingat Raman Powertech, Dino, Rahim, Hj Mutalib eh ramai lagi. Ada dikalangan ahli kelab terdiri dari bikers dari PD seperti Azhar Plus dan alah siapa yang kecik-kecik tu, masa tu dia pakai Drag Star. Hubungan dengan Masjid Tanah Bikers sangat rapat. Beberapa projek disusun atur antaranya menyertai Konvoi Hari Merdeka, Hari Keluarga, Askot pembesar dan banyak lagi. Mensyuarat bulanan diadakan di pejabat Cili Padi Fitness Center. Yuran keahlian RM30 dan RM 10 sebulan dikenakan kepada ahli. Antara projek yang dikenang hingga kini adalah hari keluarga di Sagil yang diusahakan oleh Bro Misni (Arwah) ayahanda kepada Eagle. Perjalanan Masjid Tanah Bikers sangat aktif. Malangnya pada tahun 2004, berlaku sedikit pengurangan dari segi penglibatan ahli menyebabkan Masjid Tanah Bikers makin lama makin malap. Blogger yang menyertai Masjid Tanah Bikers ditemani juga beberapa bikers dari luar masjid tanah seperti Bob, Ali, Zainol (Arwah). Disekitar akhir tahun 2004 blogger diperkenalkan dengan bikers dari Melaka Tengah (group yang berpusat di bengkel Is). Ketika inilah bermulanya Melaka Bikers yang dimonopoli oleh bikers dari kawasan Melaka Tengah.

Melaka Bikers.

No comments: