Thursday, September 25, 2008

PELIK TAPI BENAR


Gambar diambil dari dalam kereta. Teliti gambar ini. Ada cerita sebaliknya.

Thursday, September 18, 2008

Mat Nak Ride - Cit Cat Sunny

Bukit Katil 18 September 2008- Mat Nak Ride, kata semangat Bro Sunny dalam cit cat malam semalam. Antara yang hadir dalam cit cat Mat Nak Ride selain Sunny (BMW) adalah Sham (V535), Hairi (Kembara) dan Cikgu (MAN45). Cit Cat yang brmula jam 10.00 pm berakhir jam 1.15 am yang didahului oleh Cikgu bersurai meninggalkan cit cat.

Sham yang hadir menunggang Virago Spidernya berpendapat, semangat ride yang diterjemahkan oleh Bro Sunny amat menguja beliau untuk mengikuti ride yang akan datang. Katanya ini satu cabaran kepada beliau dan rakan bikers lain untuk menikmati keindahan ride dengan berbekalkan kata-kata keramat Mat Nak Ride.
Hairi juga berpandangan bahawa, "kata-kata ini benar-benar menyuntik semangat saya untuk mewar-warkan ride akan datang kepada rakan bikers lain." "Mat Nak Ride" dijangka akan dijadikan moto dalam ride akan datang tambah beliau. Cadangan beliau disokong dengan nada tawa oleh Sunny, Sham dan Cikgu.

Logo-Logo Cadangan MBBC



Lagi Logo MBBC sumbangan Jebat



Idea bernas Jebat

Wednesday, September 17, 2008

Lagi Logo MBBC




Logo cadangan Mr Jebar ini merupakan gabungan procket didalamnya ada seekor naga. Selain itu we are not juat bikers we are brothers dan tulisan melaka big bikes club.


















Cit cat motor

Bukit Katil, 17 September 2008 - Cit cat motor diteruskan dikalangan bikers negeri melaka. Cit cat kali ini diadakan di Restoran Aini, bersebelahan hotel King dekat sini. Antara bikers yang hadir dalam sesi cit cat ini adalah Sunny(Voyeger), Bob(Kancil), Hairi(Kembara), Fadil(Nuovo), Is(Tumpang Nouvo), Rosli(V535), Khairul(V1500)dan Cikgu(Honda).
Antara perkara yang disembangkan semestinya isu permotoran dan tidak ketinggalan juga soal politik semasa. Walau bagaimnapun, isu permotoran menjadi topik utama dimana terdapat banyak cadangan yang dilontarkan termasuklah projek menjayakan End Year Ride pada november akan datang.
End Year Ride 2008 (EYR08) yang dijadualkan pada 21 hingga 23 November dijangkakan akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Daripada cerita-cerita bikers menggambarkan sambutan juga dari kalangan bikers yang tidak bernaung dibawah nama bikers negeri Melaka.
EYR08 akan memberikan tumpuan Perlis Indera Kayangan sebagai destinasi penjelajahan. Antara tempat yang dicadangkan seperti Gua Kelam, Ladang Tebu, Kilang Gua, Bukit Kayu Hitam dan apa salahnya keseberang. Begitu juga pandangan saudara Hairi dan Sunny, " alang-alang dah sampa Perlis, jangan terlupa Pasport Antara Bangsa, kita akan keseberang".
Cit cat kali ini juga berharap agar bikers yang ingin menyertai ride ini memoohon cuti lebih awal dan menyediakan peruntukan kewangan yang sesuai dengan aktiviti tersebut. Konvoi dijangka akan bertolak balik pada 23 November dan akan sampai di negeri Melaka sebelum jam 12.00 tengah malam. "Kita perlu sampai 23 November juga memandangkan 24 November saya akan mendaftar kursus di Bangi," demikian makluman dari cikgu. Manurutnya lagi, "kalau jadual pulang 24 November, saya tidak dapat menyertai EYR08 ini".
Cit cat diteruskan dengan membincangkan idea-idea custom motorsikal. Bro Fadil sedang mengubah identiti Cutom Bike Bro Hairi. Fade Black menjadi pilihan Hairi, jentera tersebut sudah hampir 80% siap dicat dan dijangkan jadual ride Ke Port Dickson pada 20 September ini untuk ride anak yatim merupakan penampilan baru jentera tersebut.
Berhubung dengan ride anak yatim tersebut, bro Hairi berkata,"bikers yang berminat untuk menyertai program tersebut bolehlah berkumpul di petronas Masjid Tanah pada jam 3 petang sebelum bergerak ke Linggi untuk bersama SDMC dan terus menuju ke Pekan Lukut untuk meraikan anak-anak yatim dengan diiringi oleh polis trafik." Katanya lagi, "ini lah peluang kita nak tambah pahala, lakukan sedikit amal jariah."
Cit cat bersurai pada jam 1.00 pagi. Bikers bersurai manakala Hairi dan Sunny berpindah ke tempat laian bagi meneruskan perbincnagan bagi menakluk hati bikers Melaka yang lain.

Cadangan Logo MBBC




Pencadang : Mr Jebat (Md Nor) Mickey Mouse

Idea 1


Sunday, September 14, 2008

Majlis Berbuka Puasa Din Kerengge

Bandaraya Melaka, 13 Sept 2008 - Majlis Berbuka Puasa sempena Ramadhan Al-Mubarak anjuran Presiden Melaka Big Bike Club (MBBC) saudara Din Kerengge telah diadakan di perkarangan kediaman beliau di Bukit Palah 2 km dari Bandaraya Melaka.

"Majlis yang diadakan setiap tahun ini dijangka dapat merapatkan lagi silaturahim antara pemilik-pemilik motosikal berkuasa tinggi di seluruh Melaka, Muar, Seremban dan Kuala Lumpur," kata Din Kerengga semasa melayan karenah bikers yang hadir pada malam tersebut.

Sementara itu salah seorang ahli Persatuan Radio Amatur Melaka, saudara Cain berkata, inilah peluang peminat motosikal berkuasa tinggi melihat dengan lebih dekat jentera dua roda yang bunyinya dapat menyegarkan para pengguna jalan raya.

Antara kelab-kelab motosikal yang hadir seperti Melaka Big Bike Kelab (MBBC) yang dulu dikenali sebagai Melaka Bikers, Soul Bikers Motor Club (SBMC), Southern Dragon Motor Club (SDMC) yang dulu dikenali sebagai Senawang Bikers, Muar Bikers (MrBC), BP Hawk (Batu Pahat Bikers), Kelab Superbike dari Kuala Lumpur dan sebuah kelab Motosikal Harley Davidson yang berpangkalan di Melaka, Ghost Rider.

Saudara Jeff yang merupakan ahli aktif Ghost Rider berkata, " kita berpeluang beramah mesra dengan bikers semasa program bike fest, tetapi ini merupakan kaedah yang berbeza yang dapat menemukan bikers dalam kita menunaikan tuntutan agama".

Majlis berbuka puasa bermula seawal masuknya waktu solat maghrib dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh saudara Bai dan sejurus selepas itu para hadirin menikmati jamuan berbuka yang disediakan oleh Ibu Bapa kepada Din Kerengge. Antara menu yang disajikan untuk melengkapkan hidangan nasi putih seperti ayam masak sambal, pajeri terung, sambal belacan, ikan masin, ulam-ulam, dan banyak lagi. Para tetamu juga disajikan dengan kueh mueh tradisional selain hidangan pencuci mulut buah-buahan.

"Peluang beribadah seperti ini memang ditunggu-tunggu setiap tahun, selepas ini saya akan menjemput para hadirin bagi menjayakan majlis Hari Raya yang bakal menyusul selepas Ramadhan ini", kata Din Kerengge.

Friday, September 12, 2008

PD Bike Fest 2008





























































Gambar semasa Port Dikson Bike Fest 2008, 2 Ogos.

Thursday, September 11, 2008

Kenangan Suka Duka Main Moto di Melaka- Catatan bermula 2003

Melaka, 12 Sept 2008. Sejarah pertubuhan kelab moto sikal berkuasa tinggi di negeri Melaka mejadi topik perbincangan blogger hari ini. Blogger yang merupakan pemilik kenderaan beroda dua ini merupakan anak jati Melaka. Telah menceburi dalam dua pom pom pom ini sejak taun 2003 lagi. Minat memiliki mesen beroda dua ini dipendamkan sejak dari tahun 1995 lagi apabila seorang dari kenalan blogger (Hj Raman) menyambar sebiji Honda Shadow 600 import. Masa tu harga lebih kurang RM 34 riban sahaja. Selang beberapa seketika seorang demi seorang rakan blogger menyesuaikan diri dengan Shadow ini walaupun yang disambarnya local assemble. Harga pun local lah. 3 biji Shadow didepan mata dikala itu. Pergh, memang teruja. Hj Raman merupakan orang yang aktif dalam sukan bermotor ini dimana beliau merupakan salah seorang marshall untuk sukan berbasikal LeTour D Langkawi sejak dari mula lagi. Masa tu dia pakai Shadow sahaja, sekarang BWW tuuu.

Kita tinggalkan kisah 3 Shadow yang bermula di Sekolah Menengah Teknik Setapak itu. Blogger memang mengidamkan mesen yang serupa. Pada tahun 2001, blogger pernah meninjau sebiji Shadow di sebuah kedai ...... Malangnya sipekedai tu macam tak percaya Blogger ada wang nak beli itu Shadow. Dia buat tak layan sahaja. Blogger mengambil tindakan dengan membeli sebuah sekuter merah berjenama Comet. Hampeh, sebulan pakai, blogger jualkan dengan menukarkan nya dengan mesen yang diidamkan, Honda Shadow 600Vt. MAP 3732 2nd owner dengan harga RM14,200. Bermula lah episod blogger bermain motot besar.

Ulu Duyung Solo Biker

Ulu Duyung, April 2003 Julai 2003. Menjadi solo biker memang rumit. Blogger memikirkan kalau macam ni, sakit aku. Moto nak kene servis, tayar nak tukar. Lantaran terfikir nak join mana-mana kelab moto. Kebetulan masa tu ada pulak seorang otai kampung blogger membeli sebuah Vulcan 500. Masa tu dunia Ulu Duyung kami punya. Blogger menggunkan Shadow untuk ke tempat kerja di Bukit Piatu, begitu juga Otai Biker berulang dari Ulu Duyung ke Seremban (Pegawai JPJ tu). Sepanjang april hingga julai, blogger memilih kedai moto Ban Nih, Kedai Ulau dan Lim Jalan Ong Kim Wee tempat merawat dan mengandam kenderaan kesayangan blogger.

Senawang Bikers

Ogos 2003. Blogger mula berjinak-jinak dengan Senawang Bikers. Otai biker (JPJ Seremban-Yusuf) memperkenalkan blogger dengan Senawang Bikers. First time blogger ride jauh. Seram sejuk beb. Dari Melaka ke Senawang rasa macam nak ke utara tanah air. Semangat riding ada, blogger tiba juga Senawang malaupun jatuh nombor dua dari dua orang. First projek blogger adalah menyertai Senawang Bikers (masa tu yang aktif Abang Taher) adalah ke PD bike Fest 2003. Blogger memang terperanjat bila menyaksikan sendiri jentera-jentera beroda dua bergerak sama. Bunyi ejosnya sangat teruja. (Walaupun masa tu ejos MAP3732 macam bunyi EX5). Tumpang stim bunyi moto orang je. Percaya atau tidak, blogger dengan Bro Yusuf JPJ bergerak sewal jam 7.00 pagi untuk ke Senawang. Tiba projet senawang, deretan jentera easy rider telah bersiap sedia untuk menyahut cabaran PD Bike Fest 2003. Tiba di Eagle Ranch Resort kami disambut dengan beribu-ribu jentera beroda dua. Disinilah blogger mula berkenalan dengan bikers dari negeri Melaka. Masa tu yang ada dan aktif rupanya Masjid Tanah Bikers.

Masjid Tanah Bikers.

Salam perkenalan dengan Masjid Tanah Bikers yang dipengerusikan oleh Mr Mutalib (Vulcan 800 Custom - MAF61). Blogger terus berjabat tangan dengan ahli kelab Masjid Tanah Bikers yang seramai lebig kurang 25 orang antara yang blogger masih ingat Raman Powertech, Dino, Rahim, Hj Mutalib eh ramai lagi. Ada dikalangan ahli kelab terdiri dari bikers dari PD seperti Azhar Plus dan alah siapa yang kecik-kecik tu, masa tu dia pakai Drag Star. Hubungan dengan Masjid Tanah Bikers sangat rapat. Beberapa projek disusun atur antaranya menyertai Konvoi Hari Merdeka, Hari Keluarga, Askot pembesar dan banyak lagi. Mensyuarat bulanan diadakan di pejabat Cili Padi Fitness Center. Yuran keahlian RM30 dan RM 10 sebulan dikenakan kepada ahli. Antara projek yang dikenang hingga kini adalah hari keluarga di Sagil yang diusahakan oleh Bro Misni (Arwah) ayahanda kepada Eagle. Perjalanan Masjid Tanah Bikers sangat aktif. Malangnya pada tahun 2004, berlaku sedikit pengurangan dari segi penglibatan ahli menyebabkan Masjid Tanah Bikers makin lama makin malap. Blogger yang menyertai Masjid Tanah Bikers ditemani juga beberapa bikers dari luar masjid tanah seperti Bob, Ali, Zainol (Arwah). Disekitar akhir tahun 2004 blogger diperkenalkan dengan bikers dari Melaka Tengah (group yang berpusat di bengkel Is). Ketika inilah bermulanya Melaka Bikers yang dimonopoli oleh bikers dari kawasan Melaka Tengah.

Melaka Bikers.

beberapa cadangan logo kelab moto.... kenangan


cadangan 1:


pencadang: hairi


tema: hang jebat riding a monkey custom bike

Salam. Cadangan logo timbul bila bikers2 easy rider di Melaka macam tak terurus. Beberapa idea bernas timbul hasil brainstorming kat tepi laut Klebang. (Akan datang laut tu lagi jauh ketengah. Tempat bincang tu akan jadi jauh dari laut). Maka timbul beberapa idea antaranya kearah penubuhan kelab motosikal bekuasa tinggi di melaka dan didaftarkan dengan pendaftraan pertubuhan. Hah, cadangan baik. Projek berjalan lancar. Hairi membawa proposal logo kelab, lakaran je. Initiative aku, mengkomputerkan guna autocad. Berikut penerangan logo yang dicadangkan.
1. Motosikal easy rider monkey bar - kelab moto didominasi oleh easy rider. Moto standard atau bukan easy rider pun ok gak. Tapi kalau boleh biarlah kuasa dia yang sesuai.
2. MELAKA BIKERZ - Jenama yang akan diketengahkan dan sengaja diwarna kan dengan Kuning sebab melaka juga negeri berdaulat. Walaupun tak der sultan, dibawah Yang diPertuan Agung disandarkan harapan.
3. Kain berkibar bewarna merah - lambang kebebasan, dan warna merah menunjukkan keberanian bikers menyahut cabaran untuk menyertai bikes fest serta ride yang mencabar.
4. Air terbelah dua bewarna biru - bikers memberikan keadilan yang sama rata kepada minat dalam aktiviti bermotor serta tidak melupakan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Pada peringkat awalnya, logo yang dicadagkan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sebabnya, tiada cadangan lain. ramai yang setuju logo diguna pakai sebagai lambang kelab Melaka Bikerz. TQ bro hairi.

kawasaki vulcan 800 cikgu punyer



ni ler mesen aku...............




Kawasaki Vulcan 800


Moto standard je. Yang dah edit, handle, lampu dan ejoz pom pom pom fat boy nyer. Yang len suma macam sedia kala. Tapi horn dah tak berapa nak bunyi. Ye lah, moto dah 10 tahun. Yang merah tu, sepupu dia, honda civic. Mesen aku gak. Macam mana pun, kawa ni gak sedap. Sit satu, nak dua kena pasang lain ler. Ada tuuuuu. Sadle bag pun ada, kulit. Ni Ejos sportster, yang Fat boy kene tengok moto sekarang ler. Baru ni ride PBW ada buat hal sikit, mana tak gelabah, kat sungai petani boleh taknak setat. Nasib le problem suis jer. Ejas sikit, dah boleh setat. Sampai la ni tak bikin lagi.


Jauh gak kawa ni dah jalan. Baru sambau je dulu Kelantan Baling Melaka. Ride tu seronok. Aku sambung kat genting sebab aku dah gerak 2 hari awal. Terus ke kelanan. Ido 2 malam. Sakan kat sana, pasau lah, makan lah. Pas tu lalu highway timur barat. Tasik banding. Kulau kat gerik. Trus ke baling tidor kat air panas ulu lenggong. Mari beb. Esoknya balik lalu gerik, layan 74 km jalan berliku, syok. Pas tu terus kemelaka lah. Motot ni gak dah ride Malaysia International Bike week kat kedah tahun 2007. Masa tu dia jumpa sdara dia dari siam, motot 3 goda pun ada. KAwa aku terperanjat le. Next projek mesen ni nak ke Perlis kalau tak ada halangan lah. Jumpa disana.



ni abang dia. my 2nd bike. sebelum ada honda shadow 600, gambar mana ntah.

Wednesday, September 10, 2008

cameron ride






nyaman di cameron














End Year Ride 2008- Perlis Indra Kayangan

Cadangan ride akan diadakan pada 22 to 14 november 2008. Jadual masih dalam pembinaan, belum siap lagi, Is akan bertindak.

aime

KL international bike fest.

Moto ni memang cantik. Design pelik. Tangki pun tak nampak. Tapi mamat tu macam paham jer.
























penang bike week

aku lerr, blogger
Penang Bike Week merupakan ride aku yang ke 3 untuk ke Penang sahaja. Tapi kali ni ride ada bike fest. Agak meriah gak. Event buat di Abedeen Resort. Resort baru tu. Kami perasmi, mungkin yang lebih tepat jadi bahan uji. Jentera kawa aku ada buat hal sikit, kunci. Ada ker patut tak hidup bila setat. Ignition tak berfungsi. Gelabah le jugak. Mujur, mujur....... boleg hidup enjin tu. Tu pun setelah di telepon lori penganjur. On the way nak datang angkat dah. Cepat-cepat ride balik Abedeen. Malamnya Abun dari BossBikers datang servis kunci. Ok lah juga. Selamat untuk ke Cameron. Kat Cameron kena lagi, aku lah rawat. Boleh tahan gak, nasib bro Hairi dan Sham ada tolong. Susah beb jadi pomen.


hairi
Ini biker gila ride. Mana sahaja bike fest, dia dulu angkat tangan. Dengar cerita tahun ini sahaja dah lebih 3 ride bike fest dia join. Ini hardcore bikers ni. Dia penah kata, hari-hari ride pun tak per. PBW baru ni dia yang banyak take action. Booking bilik, bayar yuran pendaftaran semua dia yang uruskan. Memang best lah kan, apa taknya, sewa bilik dipulangkan balik, cuma bayar RM25 sahaja untuk sarapan pagi. Urusan kat cameron pun dia buat. Miss Gauri dapat kan bilik kan appartment. Ok sangat lah. RM 150 sahaja. 10 orang boleh muat tu. Apa-apa hal pun TQ bro Hairi.


sham - jalan terbalik
Spider ni salah jalan apa. Bawak diri kot. Hello bro, PBW arah kanan, kiri tu Permatang Pauh. OOOOOO nak gi kempen. Kebetulan pulak, PBW dijadualkan dekat dengan tarikh Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Sempatlah kami merayau kawasan Parlimen Permatang Pauh, memang meriah tempat tu. Ini broder pun semangat ride dia tinggi. Bila kata nak ke Penang dia terus cadangkan balik singgah Cameron. Kata da "wa alang-alang nak ride biar lah puas beb". Sham lah pencetus untuk kami terus dari Penang singgah Cameron. Jentera dia ok je. Sikit buat hal. Tapi dia sendiri rawat. Masa kat Abedeen, sebelum Penang Ride, moto dia tak boleh setat. Ngelabah gak dia. Tak hidup enjen. Pergh, rasa macam nak kene tinggal je ni, mujur King try2 boleh hidup. Bro kontrol nafas bro. Apa-apa hal pun, bro Sham memang suka ride.



sunny - balik dari PBW terus sambar Voyager

Broder ni kaki lari. 535 dia selamba je belasah high way. 160 km/h disebatnya. Katanya lepas gian. Dapat gak hilang mengantuk. Pengalaman beliau menjadi rider sport bike diaplikasikan sepenuhnya untuk ride easy rider ni, tu sebab kami semua kena tinggal. Apa taknya, masa balik bro Sunny sampai Melaka dulu. Awal sehari dia dah sampai. Dia laju.







king
Ini King bukan sebarang king. Ini Kingada 2 ong. Dua kali ong ooooooooo. Bro King yang helmet putih. Ride V5. Tapi beg tangan dia ikut. Bawak VIVA merah. Kadang-kadang dia lagi laju dari kami. Mrs King lah jurugambar kami. Teror dia ambil gambar. Bukan terorist ye. Ini bro King ni dia sudah sambar jaket Duhan. Murah beb, RM120 je. Ada kawan kita beli kat Melaka ni RM380 hinggit. Sebab tu lah kena rajin pegi bike fest. Selain dapat tengok motot motot yang cantik, baru, barangan macam ni yang kita hanya boleh cari di bike fest sahaja. Tak begitu bro King. Apa-apa hal pun, bro King dan Mrs King memang sempoi.