Wednesday, September 17, 2008

Cit cat motor

Bukit Katil, 17 September 2008 - Cit cat motor diteruskan dikalangan bikers negeri melaka. Cit cat kali ini diadakan di Restoran Aini, bersebelahan hotel King dekat sini. Antara bikers yang hadir dalam sesi cit cat ini adalah Sunny(Voyeger), Bob(Kancil), Hairi(Kembara), Fadil(Nuovo), Is(Tumpang Nouvo), Rosli(V535), Khairul(V1500)dan Cikgu(Honda).
Antara perkara yang disembangkan semestinya isu permotoran dan tidak ketinggalan juga soal politik semasa. Walau bagaimnapun, isu permotoran menjadi topik utama dimana terdapat banyak cadangan yang dilontarkan termasuklah projek menjayakan End Year Ride pada november akan datang.
End Year Ride 2008 (EYR08) yang dijadualkan pada 21 hingga 23 November dijangkakan akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Daripada cerita-cerita bikers menggambarkan sambutan juga dari kalangan bikers yang tidak bernaung dibawah nama bikers negeri Melaka.
EYR08 akan memberikan tumpuan Perlis Indera Kayangan sebagai destinasi penjelajahan. Antara tempat yang dicadangkan seperti Gua Kelam, Ladang Tebu, Kilang Gua, Bukit Kayu Hitam dan apa salahnya keseberang. Begitu juga pandangan saudara Hairi dan Sunny, " alang-alang dah sampa Perlis, jangan terlupa Pasport Antara Bangsa, kita akan keseberang".
Cit cat kali ini juga berharap agar bikers yang ingin menyertai ride ini memoohon cuti lebih awal dan menyediakan peruntukan kewangan yang sesuai dengan aktiviti tersebut. Konvoi dijangka akan bertolak balik pada 23 November dan akan sampai di negeri Melaka sebelum jam 12.00 tengah malam. "Kita perlu sampai 23 November juga memandangkan 24 November saya akan mendaftar kursus di Bangi," demikian makluman dari cikgu. Manurutnya lagi, "kalau jadual pulang 24 November, saya tidak dapat menyertai EYR08 ini".
Cit cat diteruskan dengan membincangkan idea-idea custom motorsikal. Bro Fadil sedang mengubah identiti Cutom Bike Bro Hairi. Fade Black menjadi pilihan Hairi, jentera tersebut sudah hampir 80% siap dicat dan dijangkan jadual ride Ke Port Dickson pada 20 September ini untuk ride anak yatim merupakan penampilan baru jentera tersebut.
Berhubung dengan ride anak yatim tersebut, bro Hairi berkata,"bikers yang berminat untuk menyertai program tersebut bolehlah berkumpul di petronas Masjid Tanah pada jam 3 petang sebelum bergerak ke Linggi untuk bersama SDMC dan terus menuju ke Pekan Lukut untuk meraikan anak-anak yatim dengan diiringi oleh polis trafik." Katanya lagi, "ini lah peluang kita nak tambah pahala, lakukan sedikit amal jariah."
Cit cat bersurai pada jam 1.00 pagi. Bikers bersurai manakala Hairi dan Sunny berpindah ke tempat laian bagi meneruskan perbincnagan bagi menakluk hati bikers Melaka yang lain.

No comments: