Monday, November 24, 2008

Jentera Gagah Ke Perlis 21 till 23 Nov 2008

Moto antik Suzuki GS 550 Daud Canai
Kawasaki Versys 650 Cikgu Zamri MRBC
Kawasaki Vulcan 800 Cikgu MAN45
Virago 535 Penjara
Kawasaki Voyager Razak Ayam
Kawasaki Voyager Pei
Harley Davidson Sportster 1200 Man Totek
Virago 750 Tocang
Dragstar 600 Kamarul
Voyager Is









Perlis Ride Report


MBBC 21 Nov 2008 Jam 8.oo am Petronas Kastam. 10 biji motosikal berkuasa tinggi bersedia untuk Ride Ke Perlis. Turut sama dalam ride kali ini Cikgu Zamri Versys (MRBC), Is Pomen Voyager Custom, Pie + Wan Voyager, Razak Ayam Voyeger, Tocang Virago 750, Penjara Virago 535, Daud Canai + Mak Enon GS 550, Man Totek + Isteri Sportster 1200, Kamarul Dragstar 650 serta Blogger Vulcan 800. Flag off jam 8.30 am disaksikan bersama Din Kerengge, Bahrim, PD, Bob serta sahabat handai lain. TQ Guys.



Restoran Jejantas Sungai Buluh. Menunggu Is, Penjara, Kamarul. Viragi Penjara tertusuk paku di laluan sekitar Shah Alam Sungai Buluh. Berhati-hati di laluan tersebut, di jangkakan ada sabotaj dari lintah darat. Jangan menunggang di laluan tepi.






Daud, Razak dan Tocang berkira-kira, apa hal pulak paku tu suka kat tayar. Tocang pesan, jangan diusik kepala paku, sebab tu tertusuk tayar Virago tuuuu.
















RNR Tapah. Berehat dan makan sebentar.


Virago Tocang hadapi masalah sikit, kaki lampu tercabut. Mujur perasan masa rehat kat RNR Sungai Perak. Pie sempat menyelamatkan keadaan. "tak boleh nak pusing monkey monyet ni.......... skru tersekat" kata tochang.

RNR Gurun. Jam 7.00 pm sebelum meneruskan perlajanan ke Alor Star Kedah. Keputusan dibuat secara Ad Hoc bahawa kamai akan tidur di mana-mana Hotel di Alor Star. Ada ofer untuk asrama Teknik Kangar, tapi tak syok, sebab takut bising satu sekolah.

Jam 9.00 pm. Akhirnya semua akur untuk tidur di Homestay sahaja selepas puas merayu Sri Malaysia yang full booked. Star City pulak mahall. Home Stay RM 150 sahaja. Muat 14 orang. OK tu. Walaupun depan ruah ada surau kecik. Kuang3.
22 Nov 2008. Jam 8.00 am. Sarapan pagi di hadapan Stadium Darul Aman, Alor Star. Terjumpa pulak rombongan SMT Sepang. Turut sama dalam rombongan perkhawinan tersebut Saad, Musa dan rakan guru Sepang. 9.30 am bertolak ke Bukit Kayu Hitam. Man Besi dan keluarga tunggu disana. Cadangan awal hendak bermalam di Bukit Kayu Hitam, tapi memang Hitam, tak de apa-apa.
Bergambar di hadapan pintu keluar negara di Bukit Kayu Hitam. Di belakang tu adalah pintu keluar negara melalui Thailand. Tak berani masuk. Tapi boleh jugak kalu nak masuk. Jom.

Sampai juga Vulcan 800 keluar sempadan, tapi kat free trade zon sahaja. Ada pulak mamat siam tu racun nak bawak masuk Danok. Dia kata selamat, dia jaga. Piii raah. Janggut panjang, baik kot. Alim-alim kambing. Hehehe.

Di Kangar Perlis. Bergambar pulak dengan Cikgu Jamaludin. Jam 1.00 pm beliau membawa kami ke Restoran Anjung Keli, puas hati makan kat situ. Harga agak ok, tapi da gak yang kene sembelih. Jam 2.30 pm pemilik Homstay Hijrah tiba dan kami dibawa ke Taman Hijrah. Terus berehat dan bersiap untuk ride ke Padang Besar dan Gua Kelam.

MBBC - Perlis Ride 2008

Kawasan dilarang merokok.

Jangan main-main dengan bro ni, garang beb. RNR Sungai perak arah selatan, jangan sekali kali anda merokok di Perkarangan Petronas, sure kena hentar ke tandas......... tak caya cuba.



Depan Isteri Is, Belakang dari kiri Kamrul, Is dan Penjara.


Cantik kan.



Belakang tu gua kelam, memang kelam, dak malam. Tak dapat masuk.



Teliti NSR ni, siam punyer.








Anjung Keli





Welcome To Malaysia. Kat Thailand Tuuuu. Free Trade Zon jer.
Bergambar bersama Kawasaki Versys 650 berlatar belakang Sawah Padi di Alor Star Kedah





Sunday, November 16, 2008

FIRST BIKE GATHERING AT MELAKA





Bike Gathering sempena sumbangan kepada mangsa Tsunami telah diadakan di MITC Melaka. Lebih kurang 1000 biji motosikal menyertai Charity Ride ini dimana setiap motosikal diminta menyumbang RM15.00 kepada mangsa Tsunami. Setiap sumbangan akan menerima barangan cenderahati seperti T Shirt, Mineral Water dan Posh Beg.
Bikers dari MTBC seramai 25 biji motosikal denga diketua oleh Mr Mutalib telah menyertai Gathering ini. MTBC mengambil kesempatan untuk ride ke Muar untuk pekena Mee Bandung. Majlis bersurai.

My First Bike - Honda Shadow 600 cc




Honda Shadow MAP3732 : Since 2003 to 2006.
Jenama: Honda
Model : Shadow 600 cc
Tarikh dibeli : April 2003 (RM 14,200)
Tarikh dijual : Feb 2006 (RM 12,500)
Modifikasi : Ejos - Lim ejas bunyi kasyi umm sikit, custom seat bagi nipis sikit.
Ride yang disertai:
  1. Kelantan Ride bersama MBBC 2X
  2. Cerating + Kemaman Ride bersama Muar Bikers
  3. Mersing Ride bersama MTBC + Senawang Bikers
  4. PD Bike Fest 2003, 2004 and 2005.
  5. Ride to KL, JB, Muar - selalu.

Sebab dijual : Tukar kepada Kawasaki Vulcan 800 Custom (RM 11,800)



Wednesday, November 12, 2008

KAWASAKI VULCAN 800 MODEL 10 YEARS OLD

Kawasaki V8 model 1995 to 2000: Baru-baru ni telah berlaku dua kejadian kerosakan yang amat tragis terhadap jentera 10 tahun ini.
Kejadian 1: V8 custom Naked Bike Eone Bikers
Kejadian 2: V8 Bro Roslan X-Pres MBBC
Apa yang berlaku: Valve Putus
Kesannya: Piston Bocor, Piston Pecah, Head Punah, Silinder Retak. Yang lain tu pikir sendiri.
Rawatan: Piston Baru, Head Baru, Block Baru, Valve Baru, DLL. Kalu dapat 2nd hand ok lah.
Moral of story: Becareful with your 10's year bike. Tengok-tengoklah jentera tu. Kesian dia dah tua.

Tuesday, November 11, 2008

PAMERAN AUTOMOTIF FULL THROTTLE - MITC Melaka

Melaka International Tourism Show 2008 akan yang dijadualkan pada 5, 6 dan 7 Disember akan diadakan di MITC Melaka. Program yang dianjurkan bersama Unit Pelancongan Negeri dibawah kelolan Mr Peter menyenaraikan beberapa aktiviti seperti pertandingan skuter, drift chalange, breakdance dan banyak lagi.

Pihak penganjur menjemput mana-mana kelab motosikal yang berminat bagi menganjurkan pertandingan Custom Bike, mempromosi aksesori motosikal dan mengadakan bike fest bagi menyokong program pelancongan ini. Sehubungan dengan itu, bagi kelab motosikal yang berminat sila berhubung dengan Mr Peter di talian 016-5306434. Sebarang pertanyaan juga sila kemukan kepada Mr Jebat atau Mr Hairi.

Monday, November 10, 2008

MBBC - Ride To Perlis

Ride To Perlis 08 anjuran MBBC. Ride kali ini di kendalikan oleh Is Pomen. Konvoi dijangka akan bergerak ke Perlis jam 8.00 am 21 Nov. Antara tempat yang akan dilawati termasuklah Wang Kelian, Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam. Selain itu, konvoi dijangka akan memasuki ladang tebu dan ladang pelam.

Senarai nama yang dijangka menyertai konvoi ; Cikgu MAN45, Is, Lan X Pres, Man Besi + Famili, Man Totek, Jef, Arman, Daud + Enon, Rosli Bajak, Penjara, Khairul Askar, Sani, Hairi, Sham Dato, dan ada lagi yg dijangka akan membuat pendaftraan tidka lama lagi.

Selain menjelajah Perlis, konvoi dijadualkan akan singgah Tanbun Ipoh bagi memeriahkan acara perasmian kedai moto Wazi (raja kapcai). Sejurus itu terus akan balk ke Melaka.

Bagi mereka yang berminat sila hubungi Is Pomen bagi urusan pendaftaran.

Sunday, November 9, 2008

Bike Fest VS Mr Pres Wedding


Air Keroh 9 November 2008. Bike Fest ke Wedding Event ni? Seawal jam 10 40 pagi Hairi, Cikgu dan Bai telah bersama menunggu bikers yang ingin menghadiri majlis persandingan Man Bulat dan Eamma di Banda Hilir Melaka. Setiba di petronas hadapan Kastam, sederetan motosikal superbike dari Sport bike Melaka telah bersedia untuk melayan korner di Gemencheh negeri sembilan. Seringkali petronas ini menjadi port bikers sebagai check point sebelum memulakan acara mereka. Sejurus 20 biji sportbike berlepas, para penunggang easy rider dari Southers Dragon N9 bikers tiba dengan diiringi juga oleh beberapa biji sporbike yang turut akan ke majlis persandingan Man Bulat. Konvoi seramai 30 biji motosikal berkuasa besar tiba pada jam 11.30 am dengan diketuai oleh Mr Pres Bro Azhar.


Bikers dari Kuala Lumpur SBMC tiba sejurus kemudian dengan diketuai oleh Bro Haris dengan diiringi oleh sebanyak 10 biji motosikal. Selain Haris, Manja Rubi dan KL SBMC juga mengenakan patcher SBMC turut mewarnai majlis ini.


Sejurus selepas itu Chopper Garage seramai 15 orang hadir dengan diketua oleh Mr Pako dan Wife. Mereka bertolak dari Shah Alam dari seawal pagi lagi kerana komitmen yang tinggi dengan SBMC. Hubungan yang sedia terjalin bertambah akrab dengan kehadiran Chopper Garage ke Melaka kali ini.


Beberapa seketika biker dari Bandar Tasik Puteri (BTP bikers) tiba dengan marshall nya sejumlah 20 biji motosikal semuanya. Keadaan di petrnas manjadi lebih sesak dengan kehadiran bikers dari JB, Jay Bee Rider yang sejurus itu konvoi terus bergerak ke rumah Man Bulat bagi menghadiri majlis persanbingan beliau. Acara berkhir jam 2 petang dimana para bikers meninggalkan Melaka dengan seribu kenagan.

Wedding Of The Year + Bike Fest Mr Pres SBMC


Banda Hilir, 9 Nov 2008. Majlis Persandingan Mr Pres Of SBMC dengan pasangannya Mdm Eamma telah berlangsung di rumah kediaman Man Bulat di Banda Hilir Melaka. Majlis yang dimeriahkan dengan kehadiran pemilik motosikal berkuasa besar dari Kuala Lumpur, Selangor, Seremban, PD, Muar, Batu Pahat dan JB telah mengiringi pasangan pengantin tersebut. Pasangan dua sejoli yang mengenekan pakaian sendondon biru telah dinikahkah 2 hari awal selepas solat jumat di Peringgit Melaka. Pada 8 Nov majlis persandingan di rumah Eamma, Peringgit yang turut sama diiringi oleh lebih kurang 30 biji motosikal berkuasa besar.


Majlis persandingan yang diadakan sempena pernikahan Man Bulat dan Eamma turut menjadikan medan perhimpunan motosikal berkuasa besar terbesar di negeri Melaka. Dianggarkan lebih kurang 100 biji motosikal telah berbaris menunggu ketibaan pengantin sebelum sama-sama bergambar dan menyertai pertandingan karaoke yang dianjurkan oleh keluarga pengantin.


Kedua-dua mempelai telah memberi layanan baik kepada rakan-rakan bikers yang hadir. Selain dapat menikmati juadah yang lazat, bikers juga dapat berjumpa dengan bikers dari luar negeri Melaka.