Sunday, November 9, 2008

Wedding Of The Year + Bike Fest Mr Pres SBMC


Banda Hilir, 9 Nov 2008. Majlis Persandingan Mr Pres Of SBMC dengan pasangannya Mdm Eamma telah berlangsung di rumah kediaman Man Bulat di Banda Hilir Melaka. Majlis yang dimeriahkan dengan kehadiran pemilik motosikal berkuasa besar dari Kuala Lumpur, Selangor, Seremban, PD, Muar, Batu Pahat dan JB telah mengiringi pasangan pengantin tersebut. Pasangan dua sejoli yang mengenekan pakaian sendondon biru telah dinikahkah 2 hari awal selepas solat jumat di Peringgit Melaka. Pada 8 Nov majlis persandingan di rumah Eamma, Peringgit yang turut sama diiringi oleh lebih kurang 30 biji motosikal berkuasa besar.


Majlis persandingan yang diadakan sempena pernikahan Man Bulat dan Eamma turut menjadikan medan perhimpunan motosikal berkuasa besar terbesar di negeri Melaka. Dianggarkan lebih kurang 100 biji motosikal telah berbaris menunggu ketibaan pengantin sebelum sama-sama bergambar dan menyertai pertandingan karaoke yang dianjurkan oleh keluarga pengantin.


Kedua-dua mempelai telah memberi layanan baik kepada rakan-rakan bikers yang hadir. Selain dapat menikmati juadah yang lazat, bikers juga dapat berjumpa dengan bikers dari luar negeri Melaka.

No comments: