Sunday, November 9, 2008

Bike Fest VS Mr Pres Wedding


Air Keroh 9 November 2008. Bike Fest ke Wedding Event ni? Seawal jam 10 40 pagi Hairi, Cikgu dan Bai telah bersama menunggu bikers yang ingin menghadiri majlis persandingan Man Bulat dan Eamma di Banda Hilir Melaka. Setiba di petronas hadapan Kastam, sederetan motosikal superbike dari Sport bike Melaka telah bersedia untuk melayan korner di Gemencheh negeri sembilan. Seringkali petronas ini menjadi port bikers sebagai check point sebelum memulakan acara mereka. Sejurus 20 biji sportbike berlepas, para penunggang easy rider dari Southers Dragon N9 bikers tiba dengan diiringi juga oleh beberapa biji sporbike yang turut akan ke majlis persandingan Man Bulat. Konvoi seramai 30 biji motosikal berkuasa besar tiba pada jam 11.30 am dengan diketuai oleh Mr Pres Bro Azhar.


Bikers dari Kuala Lumpur SBMC tiba sejurus kemudian dengan diketuai oleh Bro Haris dengan diiringi oleh sebanyak 10 biji motosikal. Selain Haris, Manja Rubi dan KL SBMC juga mengenakan patcher SBMC turut mewarnai majlis ini.


Sejurus selepas itu Chopper Garage seramai 15 orang hadir dengan diketua oleh Mr Pako dan Wife. Mereka bertolak dari Shah Alam dari seawal pagi lagi kerana komitmen yang tinggi dengan SBMC. Hubungan yang sedia terjalin bertambah akrab dengan kehadiran Chopper Garage ke Melaka kali ini.


Beberapa seketika biker dari Bandar Tasik Puteri (BTP bikers) tiba dengan marshall nya sejumlah 20 biji motosikal semuanya. Keadaan di petrnas manjadi lebih sesak dengan kehadiran bikers dari JB, Jay Bee Rider yang sejurus itu konvoi terus bergerak ke rumah Man Bulat bagi menghadiri majlis persanbingan beliau. Acara berkhir jam 2 petang dimana para bikers meninggalkan Melaka dengan seribu kenagan.

No comments: