Monday, November 24, 2008

Perlis Ride Report


MBBC 21 Nov 2008 Jam 8.oo am Petronas Kastam. 10 biji motosikal berkuasa tinggi bersedia untuk Ride Ke Perlis. Turut sama dalam ride kali ini Cikgu Zamri Versys (MRBC), Is Pomen Voyager Custom, Pie + Wan Voyager, Razak Ayam Voyeger, Tocang Virago 750, Penjara Virago 535, Daud Canai + Mak Enon GS 550, Man Totek + Isteri Sportster 1200, Kamarul Dragstar 650 serta Blogger Vulcan 800. Flag off jam 8.30 am disaksikan bersama Din Kerengge, Bahrim, PD, Bob serta sahabat handai lain. TQ Guys.



Restoran Jejantas Sungai Buluh. Menunggu Is, Penjara, Kamarul. Viragi Penjara tertusuk paku di laluan sekitar Shah Alam Sungai Buluh. Berhati-hati di laluan tersebut, di jangkakan ada sabotaj dari lintah darat. Jangan menunggang di laluan tepi.






Daud, Razak dan Tocang berkira-kira, apa hal pulak paku tu suka kat tayar. Tocang pesan, jangan diusik kepala paku, sebab tu tertusuk tayar Virago tuuuu.
















RNR Tapah. Berehat dan makan sebentar.


Virago Tocang hadapi masalah sikit, kaki lampu tercabut. Mujur perasan masa rehat kat RNR Sungai Perak. Pie sempat menyelamatkan keadaan. "tak boleh nak pusing monkey monyet ni.......... skru tersekat" kata tochang.

RNR Gurun. Jam 7.00 pm sebelum meneruskan perlajanan ke Alor Star Kedah. Keputusan dibuat secara Ad Hoc bahawa kamai akan tidur di mana-mana Hotel di Alor Star. Ada ofer untuk asrama Teknik Kangar, tapi tak syok, sebab takut bising satu sekolah.

Jam 9.00 pm. Akhirnya semua akur untuk tidur di Homestay sahaja selepas puas merayu Sri Malaysia yang full booked. Star City pulak mahall. Home Stay RM 150 sahaja. Muat 14 orang. OK tu. Walaupun depan ruah ada surau kecik. Kuang3.
22 Nov 2008. Jam 8.00 am. Sarapan pagi di hadapan Stadium Darul Aman, Alor Star. Terjumpa pulak rombongan SMT Sepang. Turut sama dalam rombongan perkhawinan tersebut Saad, Musa dan rakan guru Sepang. 9.30 am bertolak ke Bukit Kayu Hitam. Man Besi dan keluarga tunggu disana. Cadangan awal hendak bermalam di Bukit Kayu Hitam, tapi memang Hitam, tak de apa-apa.
Bergambar di hadapan pintu keluar negara di Bukit Kayu Hitam. Di belakang tu adalah pintu keluar negara melalui Thailand. Tak berani masuk. Tapi boleh jugak kalu nak masuk. Jom.

Sampai juga Vulcan 800 keluar sempadan, tapi kat free trade zon sahaja. Ada pulak mamat siam tu racun nak bawak masuk Danok. Dia kata selamat, dia jaga. Piii raah. Janggut panjang, baik kot. Alim-alim kambing. Hehehe.

Di Kangar Perlis. Bergambar pulak dengan Cikgu Jamaludin. Jam 1.00 pm beliau membawa kami ke Restoran Anjung Keli, puas hati makan kat situ. Harga agak ok, tapi da gak yang kene sembelih. Jam 2.30 pm pemilik Homstay Hijrah tiba dan kami dibawa ke Taman Hijrah. Terus berehat dan bersiap untuk ride ke Padang Besar dan Gua Kelam.

No comments: