Tuesday, January 19, 2010

Semangat Rakan Bikers

Paya Emas, Cheng Melaka. 3 Safar 1431 bersamaan 19 Jan 2010. Cadangan servis BMW WEK5926 oleh Mr Rosli aka Rapep yang telah diatur sejak seminggu lepas telah diambil tindakan. Aktiviti dimulakan dengan mengambil WEK5926 dari pemiliknya di Taman Paya Emas untuk dibawa ke Kuala Lumpur sebagai jalan termudah untuk diservis oleh expert BMW Mr Jeeeef.

Tuan tanah kedaung mengucapkan jutaan terima kasih kepada Rosli, Samad, Doktor Azlan dan Halim yang sudi datang dari Kuala Lumpur untuk mengambil GS tersebut. Syabas bagi mereka berempat yang menunggang BMW 800GS dan Honda VFR 800 yang mula bergerak dari Setapak Kuala Lumpur tepat jam 7.02.08 malam. Lebih syabas lagi kepada Doktor Azlan dimana beliau dari Temerloh dan terus ke Melaka. Tuan Tanah Kedaung hanya dapat menghidangkan Asam Pedas Pasau Borong sahaja bagi santapan dinner mereka.

Rakan bikers bertolak pulanmg ke Stapak tepat jam 11.32.34 malam dan tiba ke destinasi jam 12.58.9 tengah malam. Laju tu, rupanya GS 1100 tu laju jugak.

Cadangan untuk diswervis adalah:
1. Tangki dijangka ada air didalamnya. Kalau haus waktu ride boleh teguk, bekal air nampak.
2. Penutup tangki, getah dah reject.
3. Injin tiuning sebab minyak melampau kukatnya.
4. Tukar minyak.

Rosli - R1100R
Samad - Honda VFR 800
Azlan - 800 GS
Halim - Pegaso

No comments: